Monday, January 19, 2009

Keutamaan Ilmu

Ilmu adalah sesuatu yang amat berharga. Lebih mahal dari emas dan permata, tiada satu pun kayu pengukur yang boleh digunakan untuk mengukur betapa bernilainya ilmu itu. Orang yang berilmu itu lebih kaya daripada orang mempunyai kekayaan harta benda. Orang yang berilmu lebih berkuasa daripada orang yang mempunyai kedudukan dan orang yang berilmu lebih bahagia daripada semua orang.
Bukti-bukti mengenai keutamaan ilmu pengetahuan;
Firman Allah:
"Allah menyatakan bahawa tidak ada tuhan selain Dia; (demikian pula) para malaikat dan orang berilmu yang menegakkan keadilan, tidak ada tuhan selain Dia, Yang Maha perkasa , Yang Maha Bijaksana."-(18) Surah Ali 'Imran-

"....supaya Allah meninggikan darjat orang-orang yang beriman diantara kamu, & orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan agama (dari kalangan kamu) beberapa darjat. Dan Allah Maha teliti apa yang kamu kerjakan"-(11) Surah Al-Mujadilah-


Hadith-hadith yang berkenaan dengan keutamaan ilmu pengetahuan, sabda Rasulullah s.a.w;
"Barang siapa yang dikehendaki oleh Allah kebaikan, maka dia dipintarkan dalam agama & dilhamkan olehNya kepandaian dalam perkara itu." (diriwayatkan oleh Bukhari & Muslim & tambahan kata-kata....”diilhamkan olehNya kepandaian”, diriwayatkan oleh Tharabrani)


“Barang siapa yang menempuh suatu jalan untuk mencari ilmu pengetahuan, maka Allah akan menempuhkan suatu jalan untuknya menuju ke syurga.”(Riwayat oleh Muslim)


Sabda rasulullah :

“Andaikata engkau berjalan, kemudian engkau belajar satu bab daripada ilmu pengetahuan, maka itu adalah lebih baik daripada kamu bersolat seratus rakaat.”(Diriwayatkan oleh Ibnu Abdul Barr).


Ibnu Mas’ud r.a. berkata: “ Hendaklah kamu semua mencari ilmu pengetahuan sebelum ia dilenyapkan. Lenyapnya ilmu pengetahuan ialah dengan matinya orang-orang yang memberikan atau mengajarnya. Seseorang itu tidak akan dilahirkan dalam pandai. Jadi ilmu pengetahuan itu mestilah dicari dengan belajar.



Sumber rujukan:

Ihya ‘Ulumuddin

Pengajaran bagi orang-orang mukmin,

(Imam Al-Ghazali)




Learn about life & teach about life

No comments:

Post a Comment