Tuesday, March 10, 2009
Yahoo Group....
Setelah menjadi ahli untuk yahoo group DPLI UKM JAN 09, saya kemudian membina yahoo group saya sendiri, cikgu_dpli. Rasa macam kelakar pula nama tu, tapi masa nak bina yahoo group sendiri, otak rasa macam kosong, tak tahu nak letak nama apa. Terlintas cikgu_dpli terus saja letak. Tapi takpe lah, dah letak pun nama tu. Gunakan sajalah terus untuk saya simpan kerja-kerja saya sepanjang jadi pelajar DPLI UKM.
Perkara pertama untuk membina yahoo group, klik pada start your group. Tapi sebelum itu, pastikan anda mempunyai akaun email yahoo.
Langkah seterusnya,
masukkan email yahoo anda dan ikuti langkh seterusnya dengan memilih kategori yahoo group anda. Langkah seterusnya klik pada "place my group here" dan akan tertera lah skrin seterusnya untuk langkah yang ke-2.
Disini, anda boleh memberi nama kepada yahoo group dan sedikitv penerangan ringkas tentang group tersebut.Kemudian klik continue...dan skrin seterusnya akan muncul.....
Edit bahagian yang anda ingin, kemudian masuk apa yang tertera pada kotak ke dalam ruang yang disediakan, kemudian klik continue....dan yahoo group siap untuk digunakan....
Pada ruangan ini anda bolehlah menjemput rakan anda untuk menyertai yahoo group anda dengan klik pada invite people to join & customize yahoo group tersebut..sekiranya klik pada intive, skrin ini akan muncul...
apa lagi invite la rakan-rakan anda tetapi pastikan mereka juga ada email yahoo...masukkan senarai ramai mana pun tetapi pada satu masa hanya 50 email boleh dimasukkan....
....itulah yang saya lakukan ketika membina yahoo group saya, daripada zero, sekarang saya dah tahu tetapi sekarang saya adalah masalah pulak...yahoo group saya telah disertai oleh orang-orang yang saya sendiri tidak menjemput mereka ke dalam yahoo group saya...
Learn about life & teach about life
SPIN????
Penggunaan spin merupakan satu pembelajaran secara talian yang terdapat di UKM.
Perkara pertama yang perlu dilakukan untuk mendaftar nama di SPIN adalah menggunakan no SMPWEB yang telah diberikan ketika hari pendaftaran. Terlebih dahulu, mestilah mengemaskini maklumat diri berserta no.matrik termasuk alamat email bagi mendapatkan kata laluan untuk menggunakan SPIN. Kata laluan SPIN akan dihantar terus ke email . Selepas mendapatkan kata laluan, bolehlah menggunakan SPIN untuk pembelajaran.
Selepas mendapatkan kata laluan boleh mendaftar masuk di SPIN menggunakan no. matrik dan kata laluan yang telah di hantar ke email .
Seterusnya, bolehlah menggunakan SPIN untuk pembelajaran yang memudahkan. Yang paling memudahkan , saya boleh memuat turun nota-nota ringklas kuliah. Lebih memudahkan dan cepat.
Internet memudahkan, kerana kemudahan itu, manfaatkanlah demi kebaikan diri dan juga orang lain......
Learn about life & teach about life
Tuesday, March 3, 2009
Microsoft Word............
Microsoft Word
Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.
Microsoft Office Word ialah perisian pemprosesan kata utama Microsoft yang julung kalinya dikeluarkan pada tahun 1983 dengan nama Multi-Tool Word bagi sistem Xenix. Versi-versi lain turut dikembangkan untuk beberapa platform lain seperti kmputer peribadi IBM yang mengendali DOS (1983), Apple Macintosh (1984), SCO UNIX, OS/2 dan Microsoft Windows (1989). Microsoft Word ialah satu komponen dalam sistem Microsoft office; namun, perisian ini juga dijual sebagai produk bersendirian atau dimuatkan dalam Microsoft Works. Mulai versi 2003, penjenamaanya diubah suai untuk mengetengahkan identiti Word sebagai satu komponen dalam bungkusan Office: Microsoft mula memanggilnya Microsoft Office Word dan bukannya Microsoft Word lagi. Kedua-dua nama tersebut digunakan dengan sama-rata. Keluaran versi terbarunya ialah Word 2007.
Fail-fail dokumen Microsoft Word boleh dikenali dengan mudah melalui sambungan *.doc di belakang nama fail, tetapi Microsoft Office Word 2007 mula memperkenalkan format baru dokumen Word berasaskan XML dengan sambungan *docx di belakang nama fail, di samping sokongan format lama dokumen Word.
Tugasan Word
Tugasan ketiga untuk kelas tutorial teknologi & inovasi adalah membuat buku program (booklet) dan brosur menggunakan perisian Microsoft Word. Ini merupakan kali pertama saya menghasilkan booklet & brosur menggunakan Microsoft Word. Selalunya untuk penghasilan booklet & brosur menggunakan Microsoft Publisher yang mempunyai template untuk kedua-duanya, & ianya memudahkan pengguna untuk menghasilkan apa yang mereka ingini.
Memandangkan ia merupakan perkara baru bagi saya, banyak masa yang saya habis kan untuk menghasilkan kedua-duanya. walaupun terasa susah untuk menghasilkankannya, saya akan cuba sedaya upaya saya untuk menghasilkan yang terbaik dalam penghasilanbooklet & brosur ini.
langkah pertama, untuk penghasilan brosur adalah memilih colums, tiga colums dipilih untuk penghasilan brosur:
Selepas itu, masukkan isi-isi yang ringkas serta padat untuk brosur ini. Untuk gambar, klik insert picture. Gambar dibawah merupakan brosur yang telah disiapkan dengan jayanya oleh saya;
Alhamdulillah, saya mendapat markah penuh untuk tugasan brosur ini, terima kasih kepada Puan Sakinah. Walaupun hard copy untuk brosur tidak terlalu kemas tetapi saya masih mendapat markah penuh untuk tugasan ini.
Bagi booklet, klik pada print priview, kemudian klik pada custom margin dan pada ruangan page setup, pilih margin dan pada ruangan pages , multipages, bookfold;
Penghasilan booklet lebih kurang sama seperti brosur, setelah setup margin, masukkan isi-isi yang perlu, masukkan garfik-grafik yang menarik untuk menceriakan booklet. Semasa mencetak, saya mengalami sedikit masalah. Bermula daripada pukul 10 malam sehinggalah pukul 1 pagi barulah saya dapat mencetak booklet saya setelah puas berfikir cara untuk mencetaknya agar tidak berlaku pembaziran kertas dan dakwat mesin pencetak.Terima kasih kerana Samini Bianus dan Huda Yazid kerana banyak membantu saya. Untuk Samini, terima kasih yang tak terhingga kerana memberi kemudahan kepada saya untuk menggunakan mesin pencetaknya.
Inilah hasil booklet saya;
Sebenarnya tugasan yang diberi ini sangat menyeronok, terasa amat berpuasa hati setelah melihat hasil kerja saya sendiri. Maklumlah, sebelum ini saya tidak pernah menggunakan Microsoft Word untuk menghasilkan booklet & brosur.
Setiap hari, setiap masa kita perlu belajar.....kerana apa yang kita dapat tidak pernah merugikan..
Learn about life & teach about life