Tuesday, March 10, 2009

Yahoo Group....

Yahoo group....saya biasa mendengar mengenai yahoo group tetapi tak pernah ambil cakna mengenai kewujudan yahoo group ini. Biasalah, saya bukanlah seorang yang terlalu obses dengan internet, cuma sekadar saya tahu menggunakan enjin carian untuk mencari maklumat- maklumat tertentu. Di UKM , saya telah diperkenalkan dengan yahoo group. Yahoo group pertama yang saya sertai adalah DPLI UKM JAN '09.

Setelah menjadi ahli untuk yahoo group DPLI UKM JAN 09, saya kemudian membina yahoo group saya sendiri, cikgu_dpli. Rasa macam kelakar pula nama tu, tapi masa nak bina yahoo group sendiri, otak rasa macam kosong, tak tahu nak letak nama apa. Terlintas cikgu_dpli terus saja letak. Tapi takpe lah, dah letak pun nama tu. Gunakan sajalah terus untuk saya simpan kerja-kerja saya sepanjang jadi pelajar DPLI UKM.

Perkara pertama untuk membina yahoo group, klik pada start your group. Tapi sebelum itu, pastikan anda mempunyai akaun email yahoo.

Langkah seterusnya,



masukkan email yahoo anda dan ikuti langkh seterusnya dengan memilih kategori yahoo group anda. Langkah seterusnya klik pada "place my group here" dan akan tertera lah skrin seterusnya untuk langkah yang ke-2.

Disini, anda boleh memberi nama kepada yahoo group dan sedikitv penerangan ringkas tentang group tersebut.Kemudian klik continue...dan skrin seterusnya akan muncul.....
Edit bahagian yang anda ingin, kemudian masuk apa yang tertera pada kotak ke dalam ruang yang disediakan, kemudian klik continue....dan yahoo group siap untuk digunakan....

Pada ruangan ini anda bolehlah menjemput rakan anda untuk menyertai yahoo group anda dengan klik pada invite people to join & customize yahoo group tersebut..sekiranya klik pada intive, skrin ini akan muncul...

apa lagi invite la rakan-rakan anda tetapi pastikan mereka juga ada email yahoo...masukkan senarai ramai mana pun tetapi pada satu masa hanya 50 email boleh dimasukkan....
....itulah yang saya lakukan ketika membina yahoo group saya, daripada zero, sekarang saya dah tahu tetapi sekarang saya adalah masalah pulak...yahoo group saya telah disertai oleh orang-orang yang saya sendiri tidak menjemput mereka ke dalam yahoo group saya...


Learn about life & teach about life

No comments:

Post a Comment