Friday, April 10, 2009

Access & Webquest...

Letih sangat.....tapi tak boleh nak rehat....
Ada tugasan yang masih belum disempurnakan lagi....

Microsoft Access,
Sebelum saya pernah diajar menggunakan access tapi masa tue macam komplikated saya penggunaan access ini..sekadar belajar, lepas tue terus lupa sebab tak pernah menggunakanya langsung. Tapi tahun 2009 nie saya kembali belajar menggunakan access.
Langkah pertama untuk menggunakan access,: pilih blank document. Memang ada banyak template kat situ tapi untuk sesiapa yang baru belajar macam saya ini, guna la blank document dulu. Dah pilih, kemudian taip nama fail kemudian tekan create, taip la ape-ape nama fail sebab access ini, kena save dulu baru masukkan apa yang kita ingin.
Langkah seterusnya, klik create , kat sini klik table untuk membina table. Table ini ada banyak column, nama-nama column nie dengan apa yang nama kita masuk, Contohnya column pertama , nama, column kedua alamat dan column yang seterusnya kita masukkan apa yang kita ini masukkan.

Dah siap table, kita buat form. nak buat form nie, klik kat create pilih form more dan kemudian klik form wizard. Di formm wizard, kita masukkan apa yang telah kita taip kat table tadi, terpulang pada kita nak masukkan semua atau tidak.
Seterusnya, klik kat database tool untuk relationship antara table. Klik pada ID pada table pertama dan tarik ke ID table kedua, yang lepas cursor anda...
Dah siap, bolehlah masukkan data yang dikehendaki. Selepas siap, kita boleh buata query. Query nie kita nak cari maklumat yang kita kehendaki dalam banyak-banyak maklumat yang kita masukkan, Kalau database pelajar, tentu banyak maklumat pelajar dari segi alamat, akademik , kokurikulum dan sebagainya.Query memudahkan kita untuk cari maklumat tertentu yang kita kehendaki. Kilk create, pilih query wizard, kemudia pilih simple wizard kemudia masukkan apa yang dikehendaki. Kemudian, klik ikut arahan dan klik pada design query dan kemudian tulis kriteria yang kita kehendaki pada ruangan tertentu. LEpas tue, klik run,dapat la apa yang kita nak. kemudian boleh buat report,kat bahagian creata jugak, klik report wizard, ada kotak dan isi jer apa yang kita nak kemudian ikut arahan jer dan dah jadi report. ..


Webquest.....

Mula: Masuk di www.webquest.org.. ambil pautan ke questgarden.com

Kedua: Daftar dalam www.questgarden.com trial 30 hari

Ketiga: Log in dalam www.questgarden.com

Keempat: Di bawah sekali ada ruang table untuk edit webquest peribadi

Kelima: Masuk dalam ruang tersebut... mula edit webquest anda...

Cara edit: Mula-mula introduction> task > process > evaluation > conclusion > Teacher page

Teacher page : Guna kaedah edit yang sama.. masukkan introduction > process > conclusion

Setelah semua sudah siap diedit, klik pada butang preview, kemudian kalau sudah pasti dengan semua isi kandungan webquest, klik pada publish.

Jadilah webquest anda... Mudah kan???






Learn about life & teach about life

Tuesday, March 10, 2009

Yahoo Group....

Yahoo group....saya biasa mendengar mengenai yahoo group tetapi tak pernah ambil cakna mengenai kewujudan yahoo group ini. Biasalah, saya bukanlah seorang yang terlalu obses dengan internet, cuma sekadar saya tahu menggunakan enjin carian untuk mencari maklumat- maklumat tertentu. Di UKM , saya telah diperkenalkan dengan yahoo group. Yahoo group pertama yang saya sertai adalah DPLI UKM JAN '09.

Setelah menjadi ahli untuk yahoo group DPLI UKM JAN 09, saya kemudian membina yahoo group saya sendiri, cikgu_dpli. Rasa macam kelakar pula nama tu, tapi masa nak bina yahoo group sendiri, otak rasa macam kosong, tak tahu nak letak nama apa. Terlintas cikgu_dpli terus saja letak. Tapi takpe lah, dah letak pun nama tu. Gunakan sajalah terus untuk saya simpan kerja-kerja saya sepanjang jadi pelajar DPLI UKM.

Perkara pertama untuk membina yahoo group, klik pada start your group. Tapi sebelum itu, pastikan anda mempunyai akaun email yahoo.

Langkah seterusnya,



masukkan email yahoo anda dan ikuti langkh seterusnya dengan memilih kategori yahoo group anda. Langkah seterusnya klik pada "place my group here" dan akan tertera lah skrin seterusnya untuk langkah yang ke-2.

Disini, anda boleh memberi nama kepada yahoo group dan sedikitv penerangan ringkas tentang group tersebut.Kemudian klik continue...dan skrin seterusnya akan muncul.....
Edit bahagian yang anda ingin, kemudian masuk apa yang tertera pada kotak ke dalam ruang yang disediakan, kemudian klik continue....dan yahoo group siap untuk digunakan....

Pada ruangan ini anda bolehlah menjemput rakan anda untuk menyertai yahoo group anda dengan klik pada invite people to join & customize yahoo group tersebut..sekiranya klik pada intive, skrin ini akan muncul...

apa lagi invite la rakan-rakan anda tetapi pastikan mereka juga ada email yahoo...masukkan senarai ramai mana pun tetapi pada satu masa hanya 50 email boleh dimasukkan....
....itulah yang saya lakukan ketika membina yahoo group saya, daripada zero, sekarang saya dah tahu tetapi sekarang saya adalah masalah pulak...yahoo group saya telah disertai oleh orang-orang yang saya sendiri tidak menjemput mereka ke dalam yahoo group saya...


Learn about life & teach about life

SPIN????

SPIN adalah satu sistem pengurusan pengajaran & pembelajaran interaktif. Ia merupakan satu kemudahan bagi para pelajar dan pensyarah untuk berinteraksi dalam menyampaikan & penerimaaan maklumat berkaitan pengajaran & pembelajaran.
Penggunaan spin merupakan satu pembelajaran secara talian yang terdapat di UKM.


Perkara pertama yang perlu dilakukan untuk mendaftar nama di SPIN adalah menggunakan no SMPWEB yang telah diberikan ketika hari pendaftaran. Terlebih dahulu, mestilah mengemaskini maklumat diri berserta no.matrik termasuk alamat email bagi mendapatkan kata laluan untuk menggunakan SPIN. Kata laluan SPIN akan dihantar terus ke email . Selepas mendapatkan kata laluan, bolehlah menggunakan SPIN untuk pembelajaran.





Selepas mendapatkan kata laluan boleh mendaftar masuk di SPIN menggunakan no. matrik dan kata laluan yang telah di hantar ke email .
Seterusnya, bolehlah menggunakan SPIN untuk pembelajaran yang memudahkan. Yang paling memudahkan , saya boleh memuat turun nota-nota ringklas kuliah. Lebih memudahkan dan cepat.

Internet memudahkan, kerana kemudahan itu, manfaatkanlah demi kebaikan diri dan juga orang lain......



Learn about life & teach about life

Tuesday, March 3, 2009

Microsoft Word............

Microsoft Word

Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.

Microsoft Office Word ialah perisian pemprosesan kata utama Microsoft yang julung kalinya dikeluarkan pada tahun 1983 dengan nama Multi-Tool Word bagi sistem Xenix. Versi-versi lain turut dikembangkan untuk beberapa platform lain seperti kmputer peribadi IBM yang mengendali DOS (1983), Apple Macintosh (1984), SCO UNIX, OS/2 dan Microsoft Windows (1989). Microsoft Word ialah satu komponen dalam sistem Microsoft office; namun, perisian ini juga dijual sebagai produk bersendirian atau dimuatkan dalam Microsoft Works. Mulai versi 2003, penjenamaanya diubah suai untuk mengetengahkan identiti Word sebagai satu komponen dalam bungkusan Office: Microsoft mula memanggilnya Microsoft Office Word dan bukannya Microsoft Word lagi. Kedua-dua nama tersebut digunakan dengan sama-rata. Keluaran versi terbarunya ialah Word 2007.

Fail-fail dokumen Microsoft Word boleh dikenali dengan mudah melalui sambungan *.doc di belakang nama fail, tetapi Microsoft Office Word 2007 mula memperkenalkan format baru dokumen Word berasaskan XML dengan sambungan *docx di belakang nama fail, di samping sokongan format lama dokumen Word.




Tugasan Word
Tugasan ketiga untuk kelas tutorial teknologi & inovasi adalah membuat buku program (booklet) dan brosur menggunakan perisian Microsoft Word. Ini merupakan kali pertama saya menghasilkan booklet & brosur menggunakan Microsoft Word. Selalunya untuk penghasilan booklet & brosur menggunakan Microsoft Publisher yang mempunyai template untuk kedua-duanya, & ianya memudahkan pengguna untuk menghasilkan apa yang mereka ingini.
Memandangkan ia merupakan perkara baru bagi saya, banyak masa yang saya habis kan untuk menghasilkan kedua-duanya. walaupun terasa susah untuk menghasilkankannya, saya akan cuba sedaya upaya saya untuk menghasilkan yang terbaik dalam penghasilanbooklet & brosur ini.
langkah pertama, untuk penghasilan brosur adalah memilih colums, tiga colums dipilih untuk penghasilan brosur:

Selepas itu, masukkan isi-isi yang ringkas serta padat untuk brosur ini. Untuk gambar, klik insert picture. Gambar dibawah merupakan brosur yang telah disiapkan dengan jayanya oleh saya;

Alhamdulillah, saya mendapat markah penuh untuk tugasan brosur ini, terima kasih kepada Puan Sakinah. Walaupun hard copy untuk brosur tidak terlalu kemas tetapi saya masih mendapat markah penuh untuk tugasan ini.


Bagi booklet, klik pada print priview, kemudian klik pada custom margin dan pada ruangan page setup, pilih margin dan pada ruangan pages , multipages, bookfold;


Penghasilan booklet lebih kurang sama seperti brosur, setelah setup margin, masukkan isi-isi yang perlu, masukkan garfik-grafik yang menarik untuk menceriakan booklet. Semasa mencetak, saya mengalami sedikit masalah. Bermula daripada pukul 10 malam sehinggalah pukul 1 pagi barulah saya dapat mencetak booklet saya setelah puas berfikir cara untuk mencetaknya agar tidak berlaku pembaziran kertas dan dakwat mesin pencetak.Terima kasih kerana Samini Bianus dan Huda Yazid kerana banyak membantu saya. Untuk Samini, terima kasih yang tak terhingga kerana memberi kemudahan kepada saya untuk menggunakan mesin pencetaknya.

Inilah hasil booklet saya;

Sebenarnya tugasan yang diberi ini sangat menyeronok, terasa amat berpuasa hati setelah melihat hasil kerja saya sendiri. Maklumlah, sebelum ini saya tidak pernah menggunakan Microsoft Word untuk menghasilkan booklet & brosur.

Setiap hari, setiap masa kita perlu belajar.....kerana apa yang kita dapat tidak pernah merugikan..


Learn about life & teach about life

Tuesday, February 17, 2009

Microsoft Excell ?? Am I excellent in EXCEL???

Microsoft Excel ialah aplikasi perisian lembaran popular yang dihasilkan oleh Microsoft Corporation. Ianya digunakan untuk menghasilkan pelbagai jenis lembaran termasuk yang menggunakan teks, perhitungan dan manipulasi nombor serta carta. Kita boleh menjumlahkan serta mengaturkan data dan menambahkan carta padanya. Pengiraan akan dibuat secara automatik melalui Excel.

Keseronokan sebenar mengguna program lembaran seperti Excel ialah dalam melakukan pengiraan. Dari penambahan dan penolakan ringkas ke persamaan eksponen saintifik yang kompleks, helaian kerja Excel mengguna formula untuk melaksanakan pelbagai pengiraan terhadap data.

Selain formula, Excel juga mempunyai pelbagai fungsi terbina dalam: alat pengiraan yang boleh digunakan untuk melaksanakan masalah kewangan yang kompleks, pengiraan beranalisis atau statistik. Kita juga akan mempelajari bagaimana mengguna beberapa fungsi dalam keadaan helaian data.


Am I excellent in Excel???

Tugasan kedua untuk kelas teknologi dan inovasi adalah tugasan menggunakan excel. Tugasan tersebut melibatkan jadual bagi markah pelajar dalam subjek-subjek tertentu. Untuk menentukan markah mengikut gred yang telah ditetapkan, kita mesti membuat satu jadual gred. Setelah julat markah tertentu ditentukan dalam jadual, klik pada tab formula dan klik pada insert function dan kemudian pilihan VLOOKUP:


Masukkan nilai tertentu pada bahagian di dalam VLOOKUP. Setelah selesa i klik pada tab ok. Jadual gred telah ditetapkan dan apabila markah pelajar dimasukakan kedalam senerai markah subjek, secara automatik gred akan tertera pada bahgian gred dalam jadual.

Untuk mengira jumlah pelajar mengikut gred, COUNTIF digunakan:



Dibawah adalah contoh tugasan yang telah disiapkan oleh saya:


Setelah kesemua data telah dimasukkan dan dikira secara automatik oleh perisian ini, langkah terakhir dalam penghasilan graf untuk menganalisis data yang dikumpul dalam bentuk jadual. Pilih beberapa baris yang dikehendaki untuk menghasilkan graf, kemudian klik pada tab insert dan pilih pada bahagian chart untuk pelbagai bentuk carta mengikut kesesuaian yang dikehendaki.

Contoh beberapa carta yang telah terhasil daripada jadual markah pelajar berdasarkan subjek:

Secara keseluruhanya, penggunaan perisian lembaran EXCEL bagi saya tidak terlalu susah, cuma memerlukan masa untuk mendalaminya. Microsoft Excel adalah satu perisian lembaran yang ideal untuk statistik.

Soalan untuk diri sendiri....
Adakah saya mahir dalam menggunakan EXCEL?????


Learn about life & teach about life