Tuesday, February 17, 2009

Microsoft Excell ?? Am I excellent in EXCEL???

Microsoft Excel ialah aplikasi perisian lembaran popular yang dihasilkan oleh Microsoft Corporation. Ianya digunakan untuk menghasilkan pelbagai jenis lembaran termasuk yang menggunakan teks, perhitungan dan manipulasi nombor serta carta. Kita boleh menjumlahkan serta mengaturkan data dan menambahkan carta padanya. Pengiraan akan dibuat secara automatik melalui Excel.

Keseronokan sebenar mengguna program lembaran seperti Excel ialah dalam melakukan pengiraan. Dari penambahan dan penolakan ringkas ke persamaan eksponen saintifik yang kompleks, helaian kerja Excel mengguna formula untuk melaksanakan pelbagai pengiraan terhadap data.

Selain formula, Excel juga mempunyai pelbagai fungsi terbina dalam: alat pengiraan yang boleh digunakan untuk melaksanakan masalah kewangan yang kompleks, pengiraan beranalisis atau statistik. Kita juga akan mempelajari bagaimana mengguna beberapa fungsi dalam keadaan helaian data.


Am I excellent in Excel???

Tugasan kedua untuk kelas teknologi dan inovasi adalah tugasan menggunakan excel. Tugasan tersebut melibatkan jadual bagi markah pelajar dalam subjek-subjek tertentu. Untuk menentukan markah mengikut gred yang telah ditetapkan, kita mesti membuat satu jadual gred. Setelah julat markah tertentu ditentukan dalam jadual, klik pada tab formula dan klik pada insert function dan kemudian pilihan VLOOKUP:


Masukkan nilai tertentu pada bahagian di dalam VLOOKUP. Setelah selesa i klik pada tab ok. Jadual gred telah ditetapkan dan apabila markah pelajar dimasukakan kedalam senerai markah subjek, secara automatik gred akan tertera pada bahgian gred dalam jadual.

Untuk mengira jumlah pelajar mengikut gred, COUNTIF digunakan:



Dibawah adalah contoh tugasan yang telah disiapkan oleh saya:


Setelah kesemua data telah dimasukkan dan dikira secara automatik oleh perisian ini, langkah terakhir dalam penghasilan graf untuk menganalisis data yang dikumpul dalam bentuk jadual. Pilih beberapa baris yang dikehendaki untuk menghasilkan graf, kemudian klik pada tab insert dan pilih pada bahagian chart untuk pelbagai bentuk carta mengikut kesesuaian yang dikehendaki.

Contoh beberapa carta yang telah terhasil daripada jadual markah pelajar berdasarkan subjek:

Secara keseluruhanya, penggunaan perisian lembaran EXCEL bagi saya tidak terlalu susah, cuma memerlukan masa untuk mendalaminya. Microsoft Excel adalah satu perisian lembaran yang ideal untuk statistik.

Soalan untuk diri sendiri....
Adakah saya mahir dalam menggunakan EXCEL?????


Learn about life & teach about life

No comments:

Post a Comment