Tuesday, February 17, 2009

Tentang microsoft office & aku........

1997......





Di sebuah kawasan penempatan terancang di selatan Perak. Di sebuah sekolah rendah yang mempunyai kapasiti orang murid lebih kurang 500 orang. Di sinilah, kali pertama aku belajar mengenali komputer. Ketika itu, aku baru berusia 12 tahun, perkara pertama yang aku belajar adalah cara bagaimana hendak "on" komputer dan perisian pertama yang aku pelajari adalah paint. Walaupun jauh daripada bandar, tinggal di kawasan yang dikelilingi ladang, pokok-pokok , aku masih berpeluang mengenali komputer.


1998-2002......




Di sebuah sekolah, terletak di dalam kawasan taman tasik, berhadapan dengan sebuah zoo. Di sini aku lebih banyak belajar mengenai komputer dan perisiannya. Dan perkara asas yang aku pelajari tentang ilmu perisian ini adalah microsoft office. Guru komputer aku , mengajar asas penggunaan microsoft office terutamanya penggunaan word, excel, powerpoint, publisher dan sedikit tentang access. Aku juga diajar menggunakan email. Maka, pada tahun 1999; email pertama aku telah terhasil..... is_sina11@yahoo.com.sg...Masih ada sehingga ke hari ini. Dan aku mula mengenali penggunaan internet.

2003-2004.....






Di utara tanah air, di negeri jelapang padi, aku belajar lebih banyak tentang komputer dan teknologinya. Berbagai-bagai perkara tentang komputer dan aplikasi teknologinya dipelajari. Ada yang semakin bertambah, dan ada pula yang dilupai.


2004-2007...




Di pantai timur tanah air, aku masih belajar tentang teknologi ini dan aplikasinya. Aku semakin biasa dengan komputer. Pertama kalinya, aku memiliki sebuah komputer peribadi pada tahun 2006. Dan artikel ini, ditaip menggunakan komputer tersebut. Aku semakin biasa dengan perisian microsoft office.

2008....





Jun 2008, aku bekerja disebuah syarikat bumiputera yang beribu pejabat di USJ 8, Subang Jaya, Selangor. Hari pertama aku bekerja, aku disuruh memasukan data ke dalam fail-fail di komputer. Semuanya menggunakan perisian microsoft excel. Mula-mula agak terkial-kial aku menggunakannya tapi sejam selepas itu,aku mula biasa dengannya. Al-maklumlah, segala yang aku pelajari direcall semula. Hari demi hari , aku begitu biasa menggunakan excel, membuat pelbagai kerja-kerja menggunakan excel termasuklah statistik juga walaupun aku sebenarnya tidak suka statistik. Aku juga banyak diajar oleh Puan Anizah selaku pengarah urusan yang banyak mendidik aku untuk menjadi pekerja yang berketrampilan dalam pelbagai tugasan di pejabat termasuklah dalam Purchasing Department. Di site office pula, aku diajar menggunakan pelbagai perisian yang berkenaan dengan kejuruteraan dan lukisan kejuruteraan. Pengajar aku adalah Project Engineer , En. Mohd Sukri.

2009....






Hari ini, aku masih belajar tentang komputer, rupanya banyak lagi perkara yang aku tidak tahu tentang perisian microsoft office. Powerpoint, aku fikir aku telah menguasainya, tetapi teknologi sentiasa berubah, semakin maju, dan aku masih terkial-kial dalam penggunaan powerpoint. Di kelas tutorial, banyak yang aku pelajari; penggunaan slide master dan set up yang betul. Slide powerpoint yang merupakan tugasan yang perlu aku buat tidak dapat dibuka oleh Puan Sakinah, selaku tutor kelas ini. Rupanya file name yang mengandugi simbol-simbol tertentu tidak dapat dibuka setelah diuploadkan di internet.
Aku juga diminta menggunakan microsoft excel untuk membuat data pelajar sekolah iaitu senarai nama pelajar dan markah subjek. Dengan menggunakan VLOOKUP bagi memasukan markah pelajar berserta gred yang telah ditetapkan dalam jadual gred. Selain itu penggunaan COUNTIF juga digunakan untuk mengira jumlah pelajar berdasarkan gred subjek mereka. Setelah itu, graf dibina daripada maklumat yang terkumpul untuk menganalisis keputusan yang diperolehi.
Aku juga diminta membuat brosur dan booklet mengguna microsoft word. Terasa sukar, kerana selama ini aku tidak pernah menggunakan word untuk menghasilkan brosur ataupun booklet. Microsoft publisher adalah perisian yang biasa digunakan untuk penghasilan kedua-kedua item ini. Lebih memudahkan kerana sudah ada template dan kita cuma perlu memasukkan apa yang kita ingini.

Teknologi semakin maju, berubah setiap hari dan aku perlu belajar setiap masa tentang kemajuannya....





Learn about life & teach about life

No comments:

Post a Comment