Tuesday, February 17, 2009

Microsoft Excell ?? Am I excellent in EXCEL???

Microsoft Excel ialah aplikasi perisian lembaran popular yang dihasilkan oleh Microsoft Corporation. Ianya digunakan untuk menghasilkan pelbagai jenis lembaran termasuk yang menggunakan teks, perhitungan dan manipulasi nombor serta carta. Kita boleh menjumlahkan serta mengaturkan data dan menambahkan carta padanya. Pengiraan akan dibuat secara automatik melalui Excel.

Keseronokan sebenar mengguna program lembaran seperti Excel ialah dalam melakukan pengiraan. Dari penambahan dan penolakan ringkas ke persamaan eksponen saintifik yang kompleks, helaian kerja Excel mengguna formula untuk melaksanakan pelbagai pengiraan terhadap data.

Selain formula, Excel juga mempunyai pelbagai fungsi terbina dalam: alat pengiraan yang boleh digunakan untuk melaksanakan masalah kewangan yang kompleks, pengiraan beranalisis atau statistik. Kita juga akan mempelajari bagaimana mengguna beberapa fungsi dalam keadaan helaian data.


Am I excellent in Excel???

Tugasan kedua untuk kelas teknologi dan inovasi adalah tugasan menggunakan excel. Tugasan tersebut melibatkan jadual bagi markah pelajar dalam subjek-subjek tertentu. Untuk menentukan markah mengikut gred yang telah ditetapkan, kita mesti membuat satu jadual gred. Setelah julat markah tertentu ditentukan dalam jadual, klik pada tab formula dan klik pada insert function dan kemudian pilihan VLOOKUP:


Masukkan nilai tertentu pada bahagian di dalam VLOOKUP. Setelah selesa i klik pada tab ok. Jadual gred telah ditetapkan dan apabila markah pelajar dimasukakan kedalam senerai markah subjek, secara automatik gred akan tertera pada bahgian gred dalam jadual.

Untuk mengira jumlah pelajar mengikut gred, COUNTIF digunakan:



Dibawah adalah contoh tugasan yang telah disiapkan oleh saya:


Setelah kesemua data telah dimasukkan dan dikira secara automatik oleh perisian ini, langkah terakhir dalam penghasilan graf untuk menganalisis data yang dikumpul dalam bentuk jadual. Pilih beberapa baris yang dikehendaki untuk menghasilkan graf, kemudian klik pada tab insert dan pilih pada bahagian chart untuk pelbagai bentuk carta mengikut kesesuaian yang dikehendaki.

Contoh beberapa carta yang telah terhasil daripada jadual markah pelajar berdasarkan subjek:

Secara keseluruhanya, penggunaan perisian lembaran EXCEL bagi saya tidak terlalu susah, cuma memerlukan masa untuk mendalaminya. Microsoft Excel adalah satu perisian lembaran yang ideal untuk statistik.

Soalan untuk diri sendiri....
Adakah saya mahir dalam menggunakan EXCEL?????


Learn about life & teach about life

Tentang microsoft office & aku........

1997......





Di sebuah kawasan penempatan terancang di selatan Perak. Di sebuah sekolah rendah yang mempunyai kapasiti orang murid lebih kurang 500 orang. Di sinilah, kali pertama aku belajar mengenali komputer. Ketika itu, aku baru berusia 12 tahun, perkara pertama yang aku belajar adalah cara bagaimana hendak "on" komputer dan perisian pertama yang aku pelajari adalah paint. Walaupun jauh daripada bandar, tinggal di kawasan yang dikelilingi ladang, pokok-pokok , aku masih berpeluang mengenali komputer.


1998-2002......




Di sebuah sekolah, terletak di dalam kawasan taman tasik, berhadapan dengan sebuah zoo. Di sini aku lebih banyak belajar mengenai komputer dan perisiannya. Dan perkara asas yang aku pelajari tentang ilmu perisian ini adalah microsoft office. Guru komputer aku , mengajar asas penggunaan microsoft office terutamanya penggunaan word, excel, powerpoint, publisher dan sedikit tentang access. Aku juga diajar menggunakan email. Maka, pada tahun 1999; email pertama aku telah terhasil..... is_sina11@yahoo.com.sg...Masih ada sehingga ke hari ini. Dan aku mula mengenali penggunaan internet.

2003-2004.....






Di utara tanah air, di negeri jelapang padi, aku belajar lebih banyak tentang komputer dan teknologinya. Berbagai-bagai perkara tentang komputer dan aplikasi teknologinya dipelajari. Ada yang semakin bertambah, dan ada pula yang dilupai.


2004-2007...




Di pantai timur tanah air, aku masih belajar tentang teknologi ini dan aplikasinya. Aku semakin biasa dengan komputer. Pertama kalinya, aku memiliki sebuah komputer peribadi pada tahun 2006. Dan artikel ini, ditaip menggunakan komputer tersebut. Aku semakin biasa dengan perisian microsoft office.

2008....





Jun 2008, aku bekerja disebuah syarikat bumiputera yang beribu pejabat di USJ 8, Subang Jaya, Selangor. Hari pertama aku bekerja, aku disuruh memasukan data ke dalam fail-fail di komputer. Semuanya menggunakan perisian microsoft excel. Mula-mula agak terkial-kial aku menggunakannya tapi sejam selepas itu,aku mula biasa dengannya. Al-maklumlah, segala yang aku pelajari direcall semula. Hari demi hari , aku begitu biasa menggunakan excel, membuat pelbagai kerja-kerja menggunakan excel termasuklah statistik juga walaupun aku sebenarnya tidak suka statistik. Aku juga banyak diajar oleh Puan Anizah selaku pengarah urusan yang banyak mendidik aku untuk menjadi pekerja yang berketrampilan dalam pelbagai tugasan di pejabat termasuklah dalam Purchasing Department. Di site office pula, aku diajar menggunakan pelbagai perisian yang berkenaan dengan kejuruteraan dan lukisan kejuruteraan. Pengajar aku adalah Project Engineer , En. Mohd Sukri.

2009....






Hari ini, aku masih belajar tentang komputer, rupanya banyak lagi perkara yang aku tidak tahu tentang perisian microsoft office. Powerpoint, aku fikir aku telah menguasainya, tetapi teknologi sentiasa berubah, semakin maju, dan aku masih terkial-kial dalam penggunaan powerpoint. Di kelas tutorial, banyak yang aku pelajari; penggunaan slide master dan set up yang betul. Slide powerpoint yang merupakan tugasan yang perlu aku buat tidak dapat dibuka oleh Puan Sakinah, selaku tutor kelas ini. Rupanya file name yang mengandugi simbol-simbol tertentu tidak dapat dibuka setelah diuploadkan di internet.
Aku juga diminta menggunakan microsoft excel untuk membuat data pelajar sekolah iaitu senarai nama pelajar dan markah subjek. Dengan menggunakan VLOOKUP bagi memasukan markah pelajar berserta gred yang telah ditetapkan dalam jadual gred. Selain itu penggunaan COUNTIF juga digunakan untuk mengira jumlah pelajar berdasarkan gred subjek mereka. Setelah itu, graf dibina daripada maklumat yang terkumpul untuk menganalisis keputusan yang diperolehi.
Aku juga diminta membuat brosur dan booklet mengguna microsoft word. Terasa sukar, kerana selama ini aku tidak pernah menggunakan word untuk menghasilkan brosur ataupun booklet. Microsoft publisher adalah perisian yang biasa digunakan untuk penghasilan kedua-kedua item ini. Lebih memudahkan kerana sudah ada template dan kita cuma perlu memasukkan apa yang kita ingini.

Teknologi semakin maju, berubah setiap hari dan aku perlu belajar setiap masa tentang kemajuannya....





Learn about life & teach about life

Saturday, February 14, 2009

Tutorial ke-2 , Teknologi & Inovasi

What is power point?

Power point adalah salah satu program persembahan yang dibangunkan oleh Microsoft dalam perisian Microsoft office.

Sejarah

Powerpoint pertama dibangunkan pada tahun 1984 oleh Forethought, Inc., Sunnyvale, California untuk komputer Macintosh. Pada tahun 1987, Forethought telah dibeli oleh Microsoft and kemudiannya menjadi Unit Perniagaan Grafik Microsoft, dimana ianya berfungsi untuk membangunkan perisian tersebut.

Dibawah ini adalah contoh penggunaan perisian powerpoint:


Gambar diatas ini juga merupakan contoh tugasan yang telah dibuat oleh saya. Saya telah mempelajari satu kemahiran baru dalam perisian powerpoint ini. Dimana saya telah mengguna slide master untuk menghasilkan slide presentation.Penghasilan slide menggunakan slide master lebih memudahkan untuk penghasilan template yang lebih menarik dan tampak profesional.
Satu lagi ilmu mengenai kemahiran menggunakan teknologi dapat saya pelajari dan dapat saya aplikasi dalam kaedah penyampaian pengajaran.

Slide yang menarik, bagaimana pula untuk kaedah penyampaian yang menarik?



Learn about life & teach about life

Thursday, February 12, 2009

Learn to create my own blog


My first tutorial for technology & innovation class so excited to me. I learn how to create a blog. Before this class, I have a little knowledge about blog. I learn to create it by myself. I go to the search engine such as yahoo or goggle to find about create a blog. My first blog, it was created in 2006. It's very simple blog and so boring because it not colorful. I have little idea to write an article such as my experience in Terengganu or as a student in university. After a few time, I have no time to write an article to post in my blog. My blog stuck,no idea, I don't know what topic to write.



I'm not good in english but I try to write in english for this article. This time, I learn more about blog from my friend. My friend, Nurhuda was good in create a blog. She have too many idea how to make a blog full of color, many beautiful picture inside and other function can keep in the blog. It's not difficult to create your blog full of idea, colorful and nice but you must be patient. Try it by your own, and explore the internet how you can make it interesting.



My tutor, Puan Sakinah was inspired to me, to restart create my own blog. She give me, some idea how I can maintain my blog full of idea and interesting article. In her class, my mind totally change about the internet, computer, software and everything about information technology. I can learn more about everything to increase my knowledge beyond to the future. I also can share my knowledge, my idea and also discuss some topic related what I'm doing now.

Sorry for my broken english, but this is my first journey to improve my english. This is my first article in english, I write it by myself and it was publish in my blog. Although, english language is not my mother tongue, I believe I can speak well and write well in english.



p/s : anybody can check my article if any mistake, please write a comment to me.



Learn about life & teach about life

Tuesday, February 3, 2009

Blog?

Blog adalah pecahan daripada istilah "Web log. Blog adalah laman web, biasanya dikekalkan oleh individu dengan entri yang biasa seperti komen, penerangan acara atau bahan lain seperti grafik atau video. Kronologikal enterian biasa disusun dengan entri terbaru diatas,diikuti entri sebelumnya dan seterusnya.

Untuk mencipta laman blog sendiri, tidak terlalu susah. Terdapat laman web seperti Blogger yang memberi kemudahan untuk membina blog.

Video dibawah ini, menerangkan langkah-langkah untuk membuat blog.








Learn about life & teach about life

al-quran & dermatology


Sesungguhnya orang-orang yang kufur ingkar kepada keterangan Kami, Kami akan membakar mereka dalam api neraka. Tiap-tiap kali kulit mereka hangus, Kami gantikan untuk mereka kulit yang lain supaya mereka dapat merasa azab sengsara itu. Dan (ingatlah) sesungguhnya Allah adalah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana (An-Nisa: 56)

Firman Allah yang mulia ini begitu unik dan mendalam sekali maksudnya. Di samping menceritakan tentang azab yang bakal dikenakan terhadap mereka yang ingkar terhadap ayat Allah, tersirat di sebaliknya hal yang menyentuh berkenaan sains.

Ia berkaitan dengan bidang dermatology iaitu kajian mengenai kulit. Umumnya kulit manusia mengandungi pelbagai lapisan yang terdiri daripada epidermis dan dermis. Di lapisan dermis inilah terdapatnya deria (reseptor) kesakitan, kepanasan, kesejukan dan tekanan. Fungsi reseptor ini adalah sebagai penghantar impuls saraf ke bahagian otak apabila kulit bersentuh atau merasai sesuatu. Otak akan menafsirkan input (impuls) yang diterima dan kemudian menghantar output ke bahagian efektor (organ). Organ ini yang akan memberi tindak balas terhadap maklumat yang diterima.

Dalam ayat tersebut menyatakan bahawa orang-orang kafir akan di hukum dengan azab api neraka sehingga kulit mereka hangus. Dan tiap-tiap kulit mereka hangus maka akan digantikan dengan kulit yang lain supaya mereka akan merasakan azab seksa tersebut selama-lamanya. Sesuai dengan kajian sains iaitu kulit ialah pusat deria untuk merasai kesakitan dan kebakaran. Justeru jika kulit terbakar sepenuhnya, maka ia akan hilang deria kesakitan. Maka di sebabkan itulah Allah menggantikan kulit mereka dengan kulit yang baru.

Oleh itu, munasabahkah ayat-ayat yang disampaikan oleh Nabi Muhammad s.a.w yang tidak boleh membaca dan menulis itu merupakan daripadanya atau bersumberkan orang lain? Maka sudah tentu jawapannya tidak. Pastinya ada satu zat yang lebih agung yang Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana. Dan atas sebab itulah juga Dr. Tagatat Tejasen, Pengerusi Jabatan Kajian Tubuh di Universiti Chiang Mai, Thailand dengan relanya mengucapkan dua kalimah syahadah selepas mengadakan kajian demi kajian mangenai sains dan Al-Quran. Kemudian diikuti oleh pelajar-pelajarnya selepas mendengar syarahan daripada beliau. Subhanallah..

sharing from musafirfana (www.musafirfana.blogspot.com)


Learn about life & teach about life

Monday, February 2, 2009

What is Biology?

Biology is the study of the living thing. In other definition , biology is the study of life and a branch of the natural science which studies living organisms and how they interact with each other and their environment..

Five principles combined together to form a foundation of modern biology;
1) cell theory
-cells are the basic, building blocks of life.



2) evolution=

a. Change in the genetic composition of a population during successive generations, as a result of natural selection acting on the genetic variation among individuals, and resulting in the development of new species.
b. The historical development of a related group of organisms; phylogeny.

Cyanide & Happiness explosm evolution t-shirt

3) gene theory

The total complement of genes in an organism or cell is known as its genome which is stored on one or more chromosomes. A chromosome is an organized structure of DNA and protein on which thousands of genes, depending on the organism, are encoded.














4) Homeostasis

the ability of an open system to regulate its internal environment to maintain a stable condition by means of multiple dynamic equilibrium adjustments controlled by interrelated regulation mechanism


5) Energy
energy is an attribute of all biological systems from the biosphere to the smallest living process.